Saturday, October 24, 2009

kejayaan

Tips Berjaya dalam Hidup



Menurut pakar motivasi, antara tips untuk memajukan diri adalah
dengan cara MENCABAR DIRI.Menurut Dr. Tengku Asmadi, langkahlangkah
untuk mencabar diri adalah seperti berikut:


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat
baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar
kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah
matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar
diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau
satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran
baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan
maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke
seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau
sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk
mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil
selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi
ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa
kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita
ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita
juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain
dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak
tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang
telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri
kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca
kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi
cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka
tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah
ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya
cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang
membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan
saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang
lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai
satu pencapaian yang luar biasa.

1 comment:

  1. yess!! da dpt pon..be ur ist follower..hehe.truskn wat blog.mke it better and better..:)..

    p/s save planet blue lak.kslpn teknikal skit..save planet blue tue assgment group ak sem nie..blog gak(tp bkn ak wat).rajin sggah2 la..;-)

    ReplyDelete